Thursday, August 9, 2012

Hidup Bebas Tanpa Hutang.



Merenung kedalam diri sendiri, tanya pada diri adakah saya hidup bebas tanpa hutang? jika anda jawab Belum! jangan bimbang akan sentiasa ada jalan dari Illahi jika niat kita ikhlas dan mahu Hidup Bebas tanpa Hutang.
Tahukah saudara sekalian sesungguhnya hidup dan mati, suka dan duka, gagal dan berjaya, kaya dan miskin, susah dan senang dan segala-gala bentuk keadaan, suasana dan asbab dan akibat adalah ujian dari Allah S.w.t.

Oleh itu kita patut menyedari, mengakui dan akur bahawa setiap sesuatu yang datang dariNya pasti akan kembali kepadaNya. Sama halnya dengan segala musibah sama ada kemalangan, penyakit, kemiskinan, hutang dan sebagainya ia pasti akan berjaya dihindari dengan bantuan Allah S.w.t.

Jika anda seorang muslim sila ikuti panduan ini.
1. bertaubat bersungguh-sungguh dari segala jenis dosa(banyak beristagfar)
2. sentiasa mendahulukan amal agama- sbg contoh solat di awal waktu (di masjid bagi lelaki), 10 minit     sebelum azan kita dah terpacak di depan masjid duduk menunggu solat  berjemaah.
3. yakin dengan pertolongan Allah, harap dan minta hanya kepada Allah swt
4. banyak bersedekah-lebih baik setiap hari-contoh di awal pagi sedekah 10 sen, rm100 ikut kemampuan anda di masjid atau kepada budak-budak kecil. yang penting buat setiap hari.
5. melazimi solat dhuha
6. melazimi solat tahajud

Dalam hidup ini, jangan sekali-kali mengadu kepada selain Allah. Cukuplah Allah penyelesai masalah dunia dan akhirat kita.